Pecah Rumah -Unit 1-1-4

Salaam…..

Pertama sekali, terima kasih banyak-banyak pada Mazlan dan saudara-saudara yang lain yang telah memberikan sokongan moral, tenaga dan peralatan kunci pada Kak Ana masa Kak Ana ditimpa musibah pecah rumah.

Kehadiran saudara-saudara jiran tetangga sedikit sebanyak memberikan kekuatan pada Kak Ana – maklumlah, balik dari jauh, buka pintu tengok satu rumah selerak, memang terkejut. Keluarga pula tak ada yang tinggal dekat-dekat. Malahan masih terasa “paranoid” – sebab orang yang pecah masuk telah menyelongkar seluruh rumahsemua surat-surat peribadi, sijil-sijil, koleksi barangan peribadi dan pakian telah dipunggah. Pendek kata, semua kena ransacked!

Pada awalnya, pemeriksaan secara rambang, tak ada apa-apa yang hilang. Tetapi setelah kemas separuh dari barang-barang yang berselerak, didapati kehilangan sebuah kamera automatic lama yang memang ada sedikit kerosakan, sebuah jam tangan lama dan sedikit duit siling mungkin dalam 10 – 20 ringgit. Semua-semua tak sampai 500ringgit. Kehilangan barang-barang boleh diterima, Insya’Allah, tapi hakikat bahawa kehidupan kita dicabuli, itu yang payah nak terima.

Sepertimana yang Kak Ana sebut hari tu pada Mazlan, pasanglah lampu spotlight motion sensor dan bekalan elektrik boleh di “tap” dari unit Kak Ana.

Sekali lagi, terima kasih banyak atas sokongan tempohari. Mudah-mudahan tidak ada jiran tetangga yang akan melalui saat-saat yang Kak Ana lalui.

Kak Ana minta Mazlan tolong sampaikan ucapan terima kasih Kak Ana pada saudara-saudara kita yang lain. Juga hantar peringatan kepada semua penghuni supaya berhati-hati dan jangan pandang remeh dengan orang yang lalu lalang di kawasan kita.

Wassalam.

Kak Ana

Unit 1-1-4.

JAMUAN SILATURRAHIM

Tarikh telah ditetapkan pada 31/10/09, hari sabtu lepas isyak, lebih kurang pukul 8.30 malam. Makan nasi minyak & lauk ada dua tiga jenis. Sapa nak top up ngan goodies dialu-alukan. Dijemput semua warga Delima Height termasuk mak cik, pak cik, abang, adik, kakak, anak, cucu semua turun.
Ini jamuan silaturrahim, bukan jamuan raya, jangan silap. Jadi kita nak Melayu, Cina, India dan semua yang ada mai turun. Kita mungkin sibuk bekerja hari-hari dan ini mungkin kesempatan yang baik untuk beramah mesra dengan jiran tetangga yang selama ni asyik dok angkat tangan je. Collection macam biasa RM50 untuk seisi rumah & kita tak jemput orang luar, semua orang kita je.