Sekitar Mesyuarat Penubuhan Persatuan Penduduk

Pada 3hb ogos penduduk 5B5T telah mengadakan mesyuarat penubuhan persatuan penduduk dan hadirin yang hadir telah bersetuju menamakannya sebagai "Persatuan Penduduk Delima Height". Majlis telah dirasmikan oleh YB Malik, ADUN, Batu Maung, beliau terlambat setengah jam sebab perut meragam lepas kena nasi kandar. Jenuh dok tunggu... tapi tak pa...janji dia mai.

Didalam ucapannya, beliau amat mengalu-alukan penduduk setempat menubuhkan persatuan penduduk seperti ini kerana ianya dapat menjadi penghubung antara pihak Pengurusan dan Penduduk. Juga aktiviti-aktiviti persatuan yang bakal dijalankan akan merapatkan lagi hubungan sesama penduduk dan bakal melahirkan masyarakat harmoni. Pucuk dicita ulam mendatang...YB juga menjelaskan beliau ada budget untuk mainan kanak-kanak,kalau nak boleh mintak...lagi....

Sebelum YB berangkat terserempak pulak ngan member lama..Nazri naik heran tengok Abang Pozi kamching ngan YB.

Encik Sabarul, CEO PDC Setiaurus pula mengingatkan pemilik unit yang gagal menjelaskan wang maintenance tertunggak akan berhadapan dengan tindakan mahkamah.Sehingga august 2008 PDC Setiaurus telah berbelanja sebanyak RM85 ribu dan collection yang sepatutnya diterima adalah RM72 ribu tetapi malangnya kutipan sebenar hanya rm35 ribu sahaja.

Malamnya...satay pulak.. 700batang dibakar oleh pakar satay "YB" Nazim.

11 comments:

  1. syabas. Pangsapuri Delima di WEB. Ini kerja kuat. Thaniah. subbarow

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

    Kepada Semua Penduduk,

    Terima kasih kerana memberi sokongan untuk menjayakan Majlis Penubuhan Persatuan kita.

    Diharap ianya tidak berhenti disini saja. Kita harus bergerak seiring bagi bagi mencapai matlamat murni ni.

    Mazlan

    ReplyDelete
  3. Kepada semua Penduduk,

    Untuk pengetahuan semua, khemah sementara telah didirikan atas sumbagan saudara Azrul Hisham dihadapan blok 5 bagi kegunaan unit sukarela persatuan untuk menjalankan kerja-kerja kemasyarakatan didalam kawasan kita.

    Harap semua penduduk faham dgn ujudnya khemah ini. Kita tidak mahu ada yang memberi tanggapan negetif atas usaha murni ini.

    Marilah sama-sama berganding bahu bagi mencapai katlamat kita semua.

    ReplyDelete
  4. Subbarow, thanks for your support. We still need your experties

    ReplyDelete
  5. Meeting kita that day was very nice and well organised and special thanks to you Bro Azahar for ur initiative in this blog.Harapan saya usaha murni kita tidak berhenti setakat di sini sahaja.

    Azizi

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum & salam sejahtera,usaha sdr Azrul yg telah byk memberi sumbangan minuman,makanan dan juga bekalan elektrik & air utk kegunaan para sukarelawan hampir setiap mlm dan begitu juga dgn yg tlh berbelanja utk tidbits & minuman itu sgt2 dihargai & saya pasti usaha ikhlas tersebut akan dibalas oleh ALLAH swt.InsyaALLAH,akan kita usahakan utk mencari suatu bentuk aktiviti yg dapat mengumpulkan dana persatuan tanpa membebankan para penduduk.Kerjasama semua penghuni & penyewa adalah sgt penting & dialu2kan.
    Thanks

    ReplyDelete
  7. Borang Penubuhan Persatuan Penduduk dah submit ke Pejabat Pendaftaran Pertubuhan. Proses pendaftaran abil masa dalam 1 - 1 1/2 bulan. Kalau tak ada apa2 masaalah sebelum Raya kita ada dpt kelulusan.

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum...tumpang tanya. Kat kawasan rumah kita, kat mane ye ade surau untuk wat solat tarowih?
    Thanks.

    ReplyDelete
  9. tak dak..kena pi flat belakang..lalu kot tangga blok 5.

    ReplyDelete
  10. To anonymous..kaw perumahan Delima memang tak ada surau sebab berdekatan sgt dgn Surau An Nur kat Blk 22 tu(Flat Bkt Gedung)-walking distance 5 minit,tapi berpuluh2 tapak/langkah..mafhum hadis Nabi S.A.W."Setiap org yg berwuduk di rumahnya dgn sempurna lalu ke masjid/surau,setiap langkah2nya akan diberikan pahala,dihapuskan dosa dan diangkat satu darjatnya..bayangkan berapa byk dosa terampun,darjat ditinggikan dan pahala diganjarkan..renung2kanlah..
    Sama2lah kita memakmurkan rumah ALLAH.
    -prihatin-

    ReplyDelete
  11. Buat renungan kita semua,
    Sekarang ini kita berada dlm zon 10 akhir Ramadhan yg dijanjikan ALLAH pelepasan azab apalagi didlmnya terdapat Malam Lailatul Qadar (bersamaan seribu bulan).Oleh itu marilah kita menambahkan amal dan perbanyakkan doa mohon keampunan dan keredhaan ALLAH,mudahan kita semua mendapat keberkatan dari Ramadhan ini dan sentiasa dlm lindungan Rahmat dan Kasih Sayang ALLAH SWT.
    Dlm masa yg sama,ramai di antara kita akan pulang berhari raya di kampung bersama sanak saudara dan orang tersayang.Oleh itu,rumah yg ditinggalkan biarlah dlm keadaan berkunci dan selamat,suis2 elektrik dan air telah ditutup dgn sesempurna yg boleh,sentiasa berwaspada dlm pemanduan dan berhenti rehat tatkala letih.Mudah-mudahan percutian kali ini akan diberkati dan menyeronokkan..dan jgn lupa,seperti yg telah diwar-warkan,satu jamuan Aidil Fitri akan diadakan utk semua penduduk 5 Blok 5 Tingkat Delima Height pada suatu tarikh yg akan diumumkan nanti sekembalinya semua warga Delima Height dari percutian ini..
    Sekian,Salam Aidil Fitri...

    ReplyDelete