Sempadan Delima Height

Dari Mazlan--- Untuk pengetahuan semua rakan-rakan, Saya telahpun menghubungi En. Roslan (Bah. Hartanah PDC) pada 12/09/2008 jam 10.45pg dan memaklumkan kepada beliau tentang persempadanan kawasan antara blok kita dgn Hal. Cendana. Dan beliau memaklumkan kepada saya yang persempadanan telah pun di buat melalui PAGAR antara dua blok ini. Saya tidak puas hati dan kurang jelas dengan penjelasan beliau dan mahu persempadanan ini di sah kan melalui surat hitam putih. Terutama kawasan lapang di pintu masuk. Lebih kurang jam 12.20thari, saya telah dihubungi ole Mr. Chew (penolong kpd En. Roslan / PDC) dan memaklumkan kpd saya, pihak PDC akan turun padang dan berjumpa dengan kita pada hari Isnin (15/9/08) @ 1000pg berhubung dengan Hak persempadanan kawasan.
Dari Jay Chandran--- Saya mencadangkan bagaimana kalau kita berpakat untuk mengadakan satu mesyurat pada hari Ahad pagi ini untuk membincang tentang apa yang nak di Pertikikan terhadap PDC. Walau apa pun keputusan yang di ambil mestilah sebulat suara dan biar Saudara Mazlan menjadi wakil dalam perbincangan itu.

Dari Abang Pozi---Seingat saya sebenarnya sepatutnya tidak wujud pagar diantara dua kawasan, oleh sebab itu kita sebagai penduduk Delima Height mempunyai hak untuk menggunakan ruangan bawah di Halaman Cendana bagi kegiatan sosial. Seingat saya sepatutnya pihak PDC memberi pampasan kepada kita kerana mendirikan pagar tersebut. Mungkin kita boleh merujuk kepada saudara Isnin untuk keterangan lanjut.

16 comments:

  1. Salam semua,

    Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kepada semua AJK kerana mesyuarat yang sepatutnya diadakan pada pagi ahad jan 10.00pg tidak dapat diadakan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakan.

    Tetapi perjumpaan dengan Pihak PDC tetap akan dijalankan. Dan saya telah pun mendapat salinan lakaran peta persempadanan dari saudara Akhbar salah seorang penduduk yang terawal mendiami di kawasan ini.

    Dengan lakaran ini memudahkan kita untuk mendapat penjelasan dan pengesahan dari pihak PDC.


    Sekian terima kasih
    Mohamed Mazlan Morli
    Setiausaha Persatuan

    ReplyDelete
  2. kalau ada sesapa tak keja esok boleh lah teman kan En. Mazlan bertemu phak PDC esok.

    ReplyDelete
  3. Salam semua,

    Saya ingin memperjelaskan kepada semua penduduk berhubung dengan apa yang di utarakan oleh Saudara Fauzi.

    Memang betul pada awal pembinaan Hal. Cendana, kita difahamkan boleh menggunakan ruang bawah di Hal. Cendana untuk apa-apa majlis.
    kawasan kita dan Hal. Cendana dibawah satu kawasan.

    Dan ada cadangan untuk mendirikan Surau didalam kawasan kita (Dibelakang Blok 7)seperti yang terlakar di dalam peta.

    Tetapi setelah Hal. Cendana siap, mereka telah menubuhkan AJK mereka sendiri. Dan tidak puas hati tentang " Service Penyelenggaraan " yang dikenakan antara blok kita dengan blok mereka.

    Bermula dari situ, mereka telah memohon kepada PDC untuk menaikan pagar memisahkan blok kita dengan blok mereka.

    Wakil penduduk 5B5T tingkat telahpun memanggil wakil PDC ketika itu Pn. Nasim untuk mendapatkan penjelasan berhubung dengan pagar dan Pondok kawalan (Gajah Putih) yang ada sehingga sekarang.

    Kami telah difahamkan oleh Pn. Nasim yang pondok kawalan dihadapan pintu masuk dibina semata-mata adalah untuk " Marketing purpose " Hal. Cendana sahaja. Dan blok 5B5T memang tidak termasuk didalam perancangan semasa pembinaan Hal. Cendana.

    Wakil penduduk (Dr. Roni) telah memberi tahu Pn. Nasim yang PDC telah berlaku kurang adil (Double Standard) kerana apa yang AJK Hal. Cendana minta semuanya diluluskan.

    Ada penduduk kita yang masuk kekawasan Hal. Cendana (Sebelum didirikan pagar) untuk berjogging pun telah dihalau olek AJK mereka, ini kan pula menggunakan ruang bawah di Hal.Cendana.

    Apa yang boleh kita buat, kita tidak mempunyai Persatuan Penduduk sendiri ketika itu.

    Jadi dengan penubuhan Persatuan Penduduk Delima Height, di harap kita dapat bergerak sebagai satu suara menuntut apa yang perlu untuk hak kita.

    Saya dan AJK yang dilantik memandang serius perkara-perkara yang berkaitan yang belum mendapat penjelasan secara hitam putih dari pihak PDC.

    Sebelum saya menggundur diri ingin saya bertanya kepada semua penduduk. Sila fikir sedalam-dalamnya sebelum tuan2 & puan membuat keputusan.

    MAHUKAH KITA BERGABUNG DENGAN HALAMAN CENDANA SEBAGAI SATU PERSATUAN ATAU KEKAL BERASINGAN.

    Kita perlu membuat satu keputusan sebelum kerja-kerja penyelenggaan akan diuruskan oleh kita sendiri.

    Kita jangan hanya gembira yang SERATA TITLE akan diserahkan kepada kita.

    Sekian terima kasih
    Mohamed Mazlan Morli
    Setiausaha Persatuan Delima Height
    Pangsapuri 5 Blok 5 Tingkat
    Bukit Gedung, Bayan Baru
    Pulau Pinang.

    ReplyDelete
  4. Salaam..
    Pada asalnya kawasan keseluruhan adalah di bawah satu pelan, dan kita sepatutnya menggunakan kemudahan yang ada di Halaman Cendana untuk kegiatan bersama. Perkara ini pernah dikatakan kepada saya oleh Pengurus Bah. Arkitek PDC ketika itu En. Rosli (sekarang Datuk Rosli, Pengurus Besar PDC), waktu saya masih bekerja di PDC dulu.
    Namun begitu, saya berpendapat eloklah kita bergerak sendiri. PDC mestilah menjelaskan kepada kita di mana sempadan kita, di mana kawasan bersama. Pergabungan dengan persatuan Hal Cendana akan mendatangkan lebih banyak keburukan dari manfaat. Kalau "gajah putih" guard house itu hanya untuk marketing Hal Cendana (but i don't think so, itu cuma jawapan Puan Naseem tapi ia berlaku bukan di zaman beliau) maka eloklah di robohkan sahaja. Kita adakan batu tanda Delima Heights dan biar mereka buat batu tanda Hal Cendana di sempadan mereka.

    ReplyDelete
  5. Utk makluman semua penduduk,segala urusan pendaftaran pertubuhan telah pun selesai setelah segala "amendment" dikemaskinikan.Ianya telah pun diserahkan kpd pegawai bertugas dan mengesahkan bahawa persatuan kita yg telah didaftarkan atas nama "PERSATUAN PENDUDUK DELIMA HEIGHT" semuanya beres dan hanya menantikan sijil pendaftaran sahaja.Menurut beliau,insyaALLAH kita bakal menerima sijil persatuan kita sebelum Hari Raya ini.Setelah sijil di perolehi,kita akan mengadakan satu mesyuarat agung yg mesti dihadiri oleh semua penduduk bagi melantik AJK tetap yg akan menjalankan tugas2 penyelengggaraan persatuan demi keharmonian dan kesejahteraan penduduk 5B5T.Oleh yg demikian,cadangan Kak Rohana akan dijadikan salah satu agenda dlm mesyuarat tersebut;
    1-Penggabungan AJK atau bergerak sendiri
    2-Persempadanan dan batu penanda Delima Height

    Penduduk semua dialu2kan mengemukakan cadangan2 membina bagi memantapkan persatuan dan kejiranan kita.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah,

    Segala usaha kita nampaknya berjaya. Diharap Sijil Persatuan kita dapat dikeluarkan sebelum hari Raya ini.

    Tahniah kepada AJK Penaja kita. Tanpa usaha mereka dan sokongan dari semua penduduk, kita tak akan ada Persatuan Penduduk.

    Kepada semua penduduk marilah kita sepakat dalam apa jua perkara yang mendatangkan kebaikan kepada Persatuan kita.

    ReplyDelete
  7. Salam,

    Saya dan suadara Azrul telah berjumpa dengan EN. Roslan & Mr. Chew dari PDC pagi tadi.

    Menurut En. Roslan pihak PDC akan memberi pengesahan hitam putih tentang persempadanan antara Delima Height dan Halaman Cendana dalam tempoh sebulan.

    Dan kami juga difahamkan yang blok kita telah tersenarai dalam projek PDC untuk menggecat semula bagunan.

    Sekian

    ReplyDelete
  8. Salam Semua,

    Taniah kepada semua AJK Penaja.Dengan usaha mereka dan sokogan semua penduduk,Kini kita akan tubuh Persatuan Penduduk yang Berdataf.
    Kita harus berdiri diatas kaki sendiri dan tidak perlu kita bergabung dengan Halaman Cendana.Kita ada ilmu,pengalaman,dan kerpecayaan diri yang di berikan oleh Allah! untuk menjalankan tugas!
    Sebagai umat islam ia,memang kita kena bersaudara antara satu sama lain,Tetapi dalam islam ada 3 ulama.Ada ulama yang Baik Dan Suk.
    Kita kena pilih yg mana kita hendak.(Kalau iklas,kenapa kawasan yg kechil harus berpagar - membezakan taraf penduduk.)
    Sedikit kecewa sebab nak masuk berjogging di larang,Tetapi halaman rumah saya dijadi jalan utama orang keluar masuk ke Pasam Malam dan lain urusan)
    Sudah 10thaun tinggal di sini tidak pernah ke Halaman Cendana di sebabkan !!!!-Kami faham sebagai umat islam kalau tak di benarkan masuk kami takkan masuk.!!!!
    Ini pandangan peridi saya.Kita renungan bersama.! Apa-apa keputusan Persatuan Penduduk saya terima dengan hati yg iklas.

    Wasallam ,Tak kira apa bangsa/ugama kita adalah hamba allahta'ala didunia ini.

    sekian,Terima Kasih

    GG
    DELIMA HEIGHT

    ReplyDelete
  9. kpd tuan anonymous terima kasih bagi pendapat berlandaskan agama....cuma bab ulamak tu saya kurang jelas kita ada 3 ulamak??? boleh jelaskan sedikit bab 3 ulamak tu sebab saya rasa bab isu pecahan kawasan tu tak relate lansung dgn 3 ulamak tu...yg saya tau 4 mazhab ada la...

    wallahualam

    ReplyDelete
  10. Salam

    Tentang 3 ulamak yg tuan tanya:Kita sebagai orang islam selalu akan merpersutujui kalau orang yang di panggil Ulamak itu adalah orang yg Baik-baik di muka bumi allah.(Memang tidak ada kena mengena dengan pecahan kawasan)Tapi umpamanya baigaimana kita hendak membezakan baik dan tidak baik antara kita.Rambut sama hitam.Pendirian hati siapa tahu!!
    Ulamak yang Baik ada satu ,Ulamak Suk ada dua.Mereka tetap ulamak,Bagaimana kita hendak membezakannya. Itu yang kita kena Cari!!!!Ulamak di beri gelaran bukan di pintar.!
    Bukanlah pandai sangat bab ugama,Masih mumbuka kitab,kita berkuliah pada tok guru,tapi kena balik pada Quran@hadis

    wasallam

    ReplyDelete
  11. Jangan ikut ular dlm semak nanti merana dunia akhirat..

    ReplyDelete
  12. terima kasih atas penjelasan....nanti saya carik 3 ulama tu...sebab sebagai umat islam berpegang pd 4 mazhab yg menetukan hukum fiqh berlandaskan alquran dan hadis yg disyariatkan oleh rasulullah..ulama ni cuma membimbing kita mejlankan kewajipan kita sebgai umat islam dan ulama ni jugak berlandaskan hukum yg ditentukan oleh 4 mazhab ni mengikut alquran/hadis....4 mazhab kita dah sedia tahu Hanafi Maliki Syafi'i Hambali ..bagi saya lebih baik berpegang pd 4 mazhab dari ulama yg dikatakan ada perpecahan antara baik dan yg tak baik...


    bab ulaq dlm semak tu saya ingat lagi baik kita dijadikan mcm tu...binatang hari ni lebih baik dari manusia....saya rela jd ulaq dlm semak dari jd hamba yg buat kerosakan dimuka bumi allah ni..manusia hari ni dah lupa diri mengatakan ulaq dl semak tu akan merana dunia akhirat...tetapi pasti dan pasti passage to jannah ulaq dlm semak tu cerah dari kita

    wallahualam

    ReplyDelete
  13. itu yang saya tengah fikirkan ni....jd orang ke baik ...jadi ular ke baek....hehe

    ReplyDelete
  14. Tak payah fikir2 lagi,sekarang dah dijadikan manusia,jadi.. hiduplah sbg seorg manusia yg faham erti manusia dan kemanusian...insyaALLAH

    ReplyDelete
  15. panjang nampak isu ni dari bab sempadan sampai ke ulamak dan end up sampai jd ulaq pulak.
    baguih2 bulan2 posa ni peluang yg ada kita gunakan utk forum mcm ni.
    saya ingat kita muzakarah lagi baguih pasai ada pakar hadis dari blok 5 tuan pengerusi dan tuan penaung blok 7.
    tapi jgn bukak HARDDISC naaaaaaaa
    wallahurasuluhu a'lam

    assalamulaikum

    ReplyDelete
  16. Saya tersangat bersetujulah dengan tulisan kak rohana tu. Kita buat sendiri, bergerak sendiri, jatuh bangun kita sendiri. Jangan kita harapkan pihak lain. Dalam mesyuarat akan datang usul penyatuan yang tak guna tidak patut dan perlu dibuka atau dibincang langsung. Jangan jadi macam amantakkesah pulak... heheheh sorry ya aman

    ReplyDelete