Sambutan Aidil Fitri

Sabtu 20sept, pasang lampu perhiasan di block lima, sumbangan saudara Fadzil, block 9.
Minggu hadapan umat Islam akan menyambut Aidilfitri dan mulai meniggalkan Delima Height seawal hari sabtu ini dan kembali semula seminggu kemudian. Bagi penduduk non-muslim pula sudah pastinya akan menggunakan cuti panjang ini untuk pergi ke mana-mana. Selepas cuti panjang ini kita akan mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya dan tarikhnya akan di anounce oleh saudara Penegrusi, Azizi. Selain dari majlis ini sekiranya mana-mana individu yang ingin membuat rumah terbuka dan mahu membuat jemputan melalui blog ini, boleh e-mail kepada saya di jie_72@yahoo.com

3 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Terima kasih kpd saudara Fazil atas sumbangan beliau dan tak lupa jugak buat pengerusi dan ajk yg berganding bahu memasang lampu perhiasan.
    Selamat menyambut hari lebaran dengan penuh bermakna.Kpd sahabat
    2 yg akan pulang ke kampung diharap berhati2 dijalan raya semasa memandu.Kpd local penduduk kita sama2 lah ambil berat pengawalan ditempat kita ni semoga sahabat2 kita balik dan pulang dgn hati yg tenang.Insyaallah kalau ada apa2 pesanan boleh kemukakan pd minggu terakhir hendak pulang ke kampung ataupun published di web ni.Insyaallah kami akan berkhidmat atas kemampuan yg sedia ada.

    lahaulawalakuataillabilla....

    ReplyDelete
  2. Kepada semua penduduk,

    Baik yang pulang kekampung halaman atau yang pergi bercuti panjang sempena Hari Raya Aidil Fitri tahun ini diminta menggunci rumah atau memberi tahu kepada jiran yang berdekatan.

    Kepada yang berhari raya di sini, diharap dapatlah memerhati rumah jiran kita. Sekiranya ada perkara-perkara yang mencurigakan sila hubungi Balai Polis seperti nombor yang tercatit dibawah :

    BALAI POLIS B.LEPAS : 604-6430311
    RAKAN COP : 604-2691999
    PDRM BILIK GERAKAN : 604-8664 122

    Saya cadangkan hubungi PDRM Bilik Gerak kerana unit ini akan bertindak sebaik saja menerima laporan. Kerana kereta peronda yang paling dekat akan sampai sebaik mereka menerima laporan dari PDRM Bilik Gerakan.

    ReplyDelete
  3. Cuaca hujan diawal pagi hari terakhir kita berpusa. Ramai penduduk2 Delima Height pulang berhari Raya di kampung halaman.

    Keadaan tak membimbangkan tapi ada cerita baru yang timbul. Kesempatan ini diambil oleh setengah penyewa perempuan yang membenarkan teman lelaki naik sampai kerumah.

    Saya nampak ada tindakan yang diambil oleh AJK yang masih tidak pulang berhari raya. Tapi masih kelihatan ada lelaki yang berani naik sampai kerumah penyewa perempuan seawal subuh. Adakah rumah penyewa wanita tempatan ini dijadikan rumah tumpangan. Kalau tidak tak kan lah sampai pagi2 subuh pun ada lelaki yang berani naik sampai ke rumah.

    Kereta luar yang selama ini berkurangan telah mula jalankan operasi mereka. Apa lagi perempuan Indon lah. Malah ada yang berani menunggu didepan blok perempuan2 Indon seperti sebelum ini.

    Sedih saya lihat kebodohan lelaki tempatan yang diperkudakan oleh perempuan2 seperti ini. Kerana nak berseronok sanggup jadi Pak Turut.

    Seolah mereka ini dijadikan TEKSI oleh warga asing. Dimana letaknya maruah lelaki tempatan kita.

    Saya telah lama perhatikan tindak tanduk mereka yang sering bertukar teman lelaki. Lelaki HEBAT ini saja yang tak sedar yang mereka telah diperbodohkan oleh si betina Indon.

    Ini lah yang terjadi di kawasan kita sejak kebelakangan ini.

    Yang perihatin.

    ReplyDelete