Pendaftaran Selesai

Confirm...'Persatuan Penduduk Delima Height' adalah persatuan yang berdaftar dan sah. Proses pendaftaran telahpun selesai dan Mazlan dengan sengeh nya bawak balik sijil ni !! ten kiu banyak Lan. Lepas ni kita boleh start operasi !!

3 comments:

  1. Assalamualaikum

    Terima Kasih Abg Lan dgn kesungguhan dan berkat usaha utk penubuhan persatuan yg berdaftar telah disahkan

    Ada apa2 emergency atau mesyuarat agung sure HR boleh approve cuti...amin...

    ReplyDelete
  2. Salam Sejahtera Semua,

    Memandangkan sekarang nie masih dalam bulan Ramadhan dan Syawal akan tiba tak lama lagi. Operasi kita tertangguh sementara waktu nie.

    Tapi segala perancangan tetap berjalan. Berikut adalah antara aktiviti yang telah di rancang untuk Persatuan kita.

    1. Majlis Jamuan Hari Raya
    2. Pertandingan mencipta Logo Persatuan
    3. Menggecat petak letak kereta
    4. Memperkenalkan Pelekat Kereta
    5. Pendaftarn Ahli dan kutipan yuran keahlian serta yuran bulan bagi menggisi tabung Persatuan
    6. Operasi pemantauan kegiatan tak bermoral didalam kawasan persatuan tetap berjalan.
    7. Mesyuarat Agong Petama Persatuan

    Dan dengan adanya Persatuan yang berdaftar maka kita perlu berkerjasama antara semua penduduk tak kira melayu, cina dan india demi perpaduan dan kesejahteraan kita semua.

    Kita juga berharap yang semua penduduk dapat hadir di Mesyuarat Agong kita yang pertama bagi membincangkan hal-hal yang berbangkit.

    Bagi yang tidak puas hati kepada AJK atau perubahan di dalam kawasan Persatuan, kami minta maaf. Tetapi kami dengan sokongan majoriti penduduk tetap di sini akan meneruskan segala apa yang telah dirancangkan demi kebaikan semua.

    Bukan niat kami untuk menggongkong atau membuat peraturan sendiri. Apa yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat Penubuhan Persatuan harus kita patuhi.

    Bagi yang tidak bergaul dengan masyarat sila turun padang dan janganlah hanya pandai melenting. Segala perubahan yang dibuat demi kebaikan semua.

    Ada juga yang tidak suka ditegur. Kalau AJK boleh menerima teguran membina kenapa mereka ini tidak boleh.

    Mahukah kita biarkan tempat kita ini terbiar dengan kegiatan tak bermoral dan tak terkawal. Fikirlah sendiri.

    Saya cadangkan kepada mereka yang tak suka ditegur dan suka melenting supaya sama-sama duduk didalam AJK dalam Mesyurat Agong yang akan diadakan. Mainkan peranan anda untuk kebaikan kita semua.



    Sekian

    ReplyDelete
  3. Tahniah kepada semua ajk atas komitmen yang ditunjukkan

    ReplyDelete